Today i nak share resepi rainbow cake yg i dah try. Actually rainbow cake ni dah agak lama di pasaran. Rainbow cake ni adalah hasil dari sponge cake yg diadun dan diwarnakan. I mmg cari resepi yg simple dan menggunakan telur sepenuhnya jadi tak membazir telur kuning. So resepi yg terpilih adalah dari blog Hasue. Wowww.memang sedap rupanya rainbow cake ni..Tak sangka kek ni memang sedap walaupun resepi nmpk simple. Tapi nak buat rainbow kek ni memerlukan kesabaran yg tinggi coz proses membakar satu persatu layer. Lain la kalau kita ada byk loyang bersaiz sama kan utk bakar kek nie..huhu..tapi i tetap suka buat kek ni!!
So apalagi...jommm..layan gambornya dulu yee...winkk.
This one I buat khas utk my cutie nephews...3 boys!! tp i tersilap deco utk border colour pink..xpe laa..i rase xde la obvious sgt the colour kan..dan yg paling teruja si kecik comel lote yg 2 years mcm terpegun tgok kek ni..haha...coz dia x pernah lg celebrate kek tiup2 lilin nie..dia sgt comel hokey!!
Resepi Rainbow Cake
Rujukan : blog sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 1 biji kek - loyang 8")
150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran ( I guna minyak jagung)
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah
Blueberry/ strawberry filling - optional- I memang letak sebab lebih sedap!!
400ml Whipping cream untuk deco-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream.
Cara-cara:
- Satukan gula halus,ovallette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
- Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
- Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
- Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
- Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
- Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
- Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus. ( I bakar dlm 15 min)
- Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
- Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
Yang ini my 1st attempt, resepi setgh adunan, 6 layer so mmg x muat kotak kek..yg ni jadi habuan org kat rumah shj. Deco pun cincai je sbb masa tu dah penat and malas so picit piping bag tu ikot suke...hahaha :P
Yang ini pulak baru I buat satu adunan penuh tapi i buat 5 layer je coz nanti x muat kotak kek kalau buat tinggi sgt. Tapi i rase 6 layer lg cantik dr 5 layer. Very teruja bila tengok the colourful layers. I igt nak cari kotak kek yg boleh muat utk kek tinggi lbh krg dlm 6 inch. Agak2 kat mana ye nak cari? hmmm...
Nie rupe kek selepas siap dibakar. Gebus tak...hehe
Nie pulak rupa whipping cream yg dah siap dipukul..whipped cream nie boleh la disimpan beku dlm freezer ye kalau xnak guna dulu. I sapu keliling kek dahulu then lebihan tu masuk siap2 dlm piping beg (utk deco) then simpan semula dlm freezer. Yg penting sejukkan kek dulu, lagi bagus kalau semalaman sejukkan supaya cream tu mengeras. Then bila dah ready baru i start deco. Tapi whipped cream dlm piping bag tu kena biarkan di luar dulu sekejap, bila dah lembut baru kita start mendeco ok..
So selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment